Ahmed Qurei
Ahmed Qurei

Ahmed Qurei

Ahmed Ali Mohammed Qurei (atau Qureia; Bahasa Arab: أحمد علي محمد قريع, Aḥmad ʿAlī Muḥammad Qurayʿ), juga dikenal sebagai Abu Alaa (أبو علاء, Abū ʿAláʾ) (lahir 26 Mac 1937) ialah mantan Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin. Pertama kali dilantik ke jawatan itu pada Oktober 2003, tetapi meletak jawatannya pada 26 Januari 2006 berikutan kekalahan parti Fatah dalam pemilihan perundangan Palestin 2006, dan tetap memegang jawatan sebagai pemangku hingga 19 Februari ketika beliau digantikan oleh Ismail Haniyeh. Semasa menjawat jawatan perdana menteri, beliau juga telah bertanggungjawab atas isu-isu keselamatan. Beliau sebelumnya pernah berkhidmat sebagai pembicara Majlis Perundangan Palestin dan memegang pelbagai jawatan penting dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sejak 1970-an.[1][2]